Tuesday, September 7, 2010

Rakyat diutamakan?


YAB Dato' Sri Najib/ Tan Sri Mohd Sidek (menerusi emel najib@pmo.gov.my dan sidek@pmo.gov.my)

Sila lihatlah sendiri masalah di Jalan Wangsa 2/6, Wangsa Permai dengan longkangnya yang kotor dan busuk sama sekali. Walaupun perkara ini sudah dibangkitkan untuk perhatian YAB Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara, namum masalah seumpama ini tidak dapat ditangani oleh Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara. Di manakah rakyat diutamakan? Di manakah transformasi kakitangan kerajaan yang dijanjikan selama ini? Kenapa kakitangan kerajaan di Majlis Perbandaran Selayang masih tidak menyelesaikan masaalah di Jalan Wangsa 2/6, iaitu:

(a) Gerai-gerai, meja-meja dan kerusi-kerusi diletakkan dalam petak-petak letak kereta sehingga melampaui batas?
(b) Longkang di sini masih kotor dan busuk dengan sisa-sisa makanan dan segala buangan makanan oleh penjaja-penjaja?

Kakitangan kerajaan tidak berubah langsung dalam tingkah laku mereka. Lain diadu, lain tindakan yang diambilnya.

No comments:

Post a Comment