Pengguna mengeluh infrastruktur terabai KEPONG – Penduduk bimbang dengan keadaan dari simpang Jalan Kepong ke Lebuhraya Selayang-Kepong / Jalan Lingkaran Tengah (MRR) 2, di sini, kerana infrastruktur berbahaya dan kurang sempurna. Selain itu, masalah tiada lampu awam dan laluan gelap di Jalan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (Frim) ke Selayang turut membahayakan pengguna. Wakil penduduk, Stephen Ng berkata, sejak 1 September lalu, dia menghantar aduan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan 15 agensi terlibat. Katanya, dalam masa seminggu aduan dibuat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ada memaklumkan bahawa laluan seperti di Jalan Kepong berhadapan Kompleks Desa, di sini adalah kawasannya. “Masalahnya laluan di sini terlalu gelap terutama pada waktu malam. Kita ada nampak tiang lampu di laluan ini, tetapi ia tidak berfungsi dan boleh mengundang kejadian kemalangan. “Kita mahu tahu sekarang siapa bertanggungjawab menyediakan kemudahan itu kerana masalah lampu jalan ini berlarutan hampir setahun lalu,” katanya. Dalam pada itu, menurut Stephen, laluan susur masuk ke Kepong berhadapan Stesen Komuter Keretapi Tanah Melayu (KTMB) dari arah Sungai Buloh itu juga boleh menimbulkan bahaya kerana tiada penghadang keselamatan. Katanya, susur dekat tiang lampu tidak menyala itu berbahaya kerana kedudukan menaiki bukit agak tinggi. “Lagipun laluan berkenaan sempit. Tambahan pula orang berjalan kaki menggunakannya sebagai jalan singkat untuk ke perumahan mereka setelah turun bas dan komuter di sini. “Sekurang-kurangnya ia perlu diletakkan pengadang atau pemantul cahaya bagi mengurangkan risiko kepada pengguna kerana tinggi susur ke sebelah atas ini hampir lima ke lapan meter,” katanya. Stephen berkata, walaupun laluan terlibat mungkin kawasan wakil rakyat pembangkang, tetapi masyarakat kawasan berkenaan berhak mendapat kemudahan sama seperti orang lain. Menurutnya, sebelum ini beliau pernah menyuarakan kekeliruan penduduk berkaitan persempadanan kawasan antara DBKL dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS). Malah katanya, aduan sama juga sudah dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui laman web berkaitan. “Kita harap hasrat PM supaya Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan dapat diaplikasi semua pihak terlibat dalam hal ini,” katanya. |
Keeping our civil servants and their political masters on their toes at all times
Thursday, October 7, 2010
Pengguna mengeluh infrastruktur terabai
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment